Syeikh Muhammad
Mukhtar Al-Palembani (memakai jubah putih ) dan
Syeikh Sayyid Abu Alawi Hamid
al-Kaf al-Banjari al-Makki (memakai baju hitam)
Mungkin banyak warga
Nusantara yang tidak kenal dengan Syeikh Mukhtar Al-Palembani yang diangkat
menjadi Khalifah Syeikh
Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani, nama beliau tidak semasyhur Syeikh
Yasin dan Syeikh Muhammad Zakariya. Bila, sebab itulah banyak orang-orang
Indonesia, Malaysia dan Fathoni tidak mengenal beliau.
Nama lengkap beliau adalah
Syeikh al-Musnid Muhammad Mukhtaruddin bin Zainal Abidin al-Al-Palembani
al-Indonesi al-Makki as-Syafi`i al-Asy`ari.
Beliau di lahirkan di kota Palembang ibu kota Sumatra
Selatan, satu bahagian wilayah di Indonesia, di besarkan oleh kedua orang
tuanya, dan di didik dengan ilmu agama, sehingga beliau memilki minat yang
tinggi untuk memperdalam ilmu agama di tanah kelahirannya sendiri.
Setelah beliau mempelajari
dasar-dasar ilmu agama, maka datang minat dan keinginan melanjutkan pengajian
ke Makkah al-Mukarramah, cita-cita tersebut terkabulkan sehingga beliau berangkat
ke Makkah melaksanakan ibadah haji dan ke Madinah berziarah ke Makam Rasulullah
S.A.W.
Setelah menunaikan ibadah
haji beliau berniat untuk bermukim di Makkah al-Mukarromah, dan menuntut ilmu
agama dari ulama-ulama Makkah yang masyhur ketika itu, diantara guru yang
selalu beliau lazimi adalah Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, sehingga Syeikh
Mukhtar menjadi murid yang paling rapat dan dekat dengan Syeikh Yasin al-Fadani,
bertahun-tahun beliau mengabdi kepada Syeikh Yasin dengan secara tulus dan
ikhlas sehingga sampai wafatnya Syeikh Yasin pada tahun 1410 H -1991 M, hal
yang membuktikan kedekatan beliau adalah kitab " Bulughul Amani "
yang beliau karang untuk gurunya tercinta.
Di samping Syeikh Yasin Fadani
masih banyak lagi ulama-ulama lainnya yang beliau hadiri, berbagai disiflin
ilmu beliau pelajari, diantaranya adalah ilmu tauhid (Asya`irah-red ), nahu,
tafsir, hadits, ilmu sanad, ilmu fiqih, terlebih-lebih fiqih Syafi`i dan
lain-lainnya.
Guru-guru Syeikh Mukhtar al-Palimbani
1.
Syeikh Muhammad Yasin bin Muhamamd Isa al-Fadani 1335-1410 H.
2.
Syeikh Ibrahim bin Daud al-Fathoni al-Makki 1320-1413 H.
3.
Syeikh Ahmad bin Muhammad Mansuri al-Fulfilani al-Makki wafat 1406 H.
4.
Syeikh Hasan bin Muhammad bin Abbas al-Masysyaath al-Makki al-Maliki
1317-1399 H.
5.
Syeikh Hasan bin Sa`id Yamani al-Makki 1312-1391 H.
6.
Syeikh Hasanain bin Muhammad Makhluf al-Masri al-`Adawi 1310-1410 H.
7.
Syeikh Zakaria bin Abdullah Bila al-Makki 1329-1413 H.
8.
Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Shiddiq al-Ghumari 1328-1413 H.
9.
Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Shiddiq al-Ghumari wafat tahun 1418 H.
10.
Syeikh Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Makki 1327-1391 H.
11.
Syeikh Muhammad Amin bin Muhammad bin Muhammad al-Kutubi al-Makki wafat
1404 H.
12.
Syeikh Muhammad al-Arabi bin at-Tubbani al-Jaza`iri al-Makki 1315-1390 H.
13.
Syeikh Abu Bakar bin Ahmad bin Husein al-Habsyi al-Makki 1320-1374 H.
14.
Syeikh Soleh Ahmad bin Muhammad al-Arkani al-Makki ar-Rabighi 1364-1418 H.
15.
Syeikh Ahmad bin Muhammad Sirdar al-Halabi
Buah Karya Syeikh Mukhtar Al-Palembani
1.
Majmu`atul Asanid Wa Ijazaat Mukhtar al-Palimbani.
2. Bulughul Amani Fi Ta`rifi Bi Syuyukhi Wa Asanidi Musnid al-`Ashri SYeikh
Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani, terdiri dari 9 jilid, tiga jilid
telah di cetak, ( hanya dua jilid saja yang ada pada tangan al-Faqir Muhammad
Husni Ginting ).
Beliau meninggal dunia pada
hari rabu tanggal 15 Rajab 1411 hijriyah, jenazah beliau di shalatkan di Masjid
Haram Makkah dan di kuburkan di perkuburan Ma`la berhampiran dengan gurunya
Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani.
Rujukkan :
- Bulughul Amani Fi Ta`rifi Bi Syuyughi Wa Asanigi Musni ad-Diyari al-Halabiyyah Syeikh Ahmad bin Muhammad Sirdar al-Halabi as-Syafi`i : 1 / 343.
- `Aqdu al-Jauhar Fi Ulama`i ar-Rubu` al-Awwal Min al-Qarni al-Khamis `Asyar : 2 / 2134.